Tuesday, January 13, 2009

TRIP SUNGAI BERA

Tahun 2008 merupakan tahun yang paling banyak trip aku memancing...ini semua kerana aku mempunyai ramai kawan2 yang juga kaki pancing...walaupun kebanyakkan trip kami pulang dengan kumpau...namun ia tetap menjadi memori indah untuk memotivasikan kami agar jangan putus asa...so semua trip yang lepas akan melahirkan satu motivasi diri untuk menjayakan trip yang akan datang...

kali ni aku nak cite tentang trip aku ke sungai bera...aku dan wusto (merupakan rakan sepancingan aku dan BOS aku) telah merancang trip ini sewaktu kami bercuti ke rumahnya di felda sebertak...aku mulanya mencadangkan supaya wat revenge kat tasek Bera, namun wusto berkeras untuk memancing di sungai bera ini...menurutnya, dia telah lama mengidam untuk makan ikan2 sungai...(sebab ikan toman x sedap...banyak tulang simpang siur)

umpan yang kami gunakan hanyalah cengkerik yang di beli di simpang kerayong (kat kedai din) cuma dua ringgit kami beli...sebab kat sini agak murah cengkeriknya berbanding di KL.setiba di lokasi kami terus bersiap dan kami menggunakan batu ladung bersaiz 6 sebab arus yang agak deras pada hari itu...

hanya beberapa minit menunggu, pancingku mula digetu ikan...tapi aku buat tak endah je sebab aku ingat akibat arus jek...wusto cepat2 memberitahuku yang sebenarnya itu getuan ikan....atas nasihat wusto aku menyembat pancingku...dan hasilnya seekor ikan potok saiz belum baligh menjadi tarunganku...

*kecil jek...tapi harus bersyukur....

aku terus menangkap dan memasukkannya ke dalam jaring yang dibawa...wusto tergelak besar melihat ikan yang saiz ciput tu...tapi nak wat caner kan...memang tempat tu xde ikan besar2...ini sume wusto punyer pasal...

kami meneruskan aktiviti tersebut selama beberapa jam lagi...yang best nyer...banyak kali sangkut kat dalam air...banyak sangat tunggul kayu...sampai nak abis batu ladung yang kami bawak...namun berkat kesabaran selalu memancing...ku tempuhi juga dengan tabah...

diantara hasil2 yang kami bawak pulang pada petang tu....belida, laih,potok,lampan,dan anak kerai...(padahal sume saiz anak2 yang tak baligh lagi....)










*hasil bersama...dengan gumbira...mancing...kecik pun kecikla...janji dapat ikan...itulah kepuasan sebenar dalam arena ini..
.

1 comment:

  1. pegi sungai bera tak ajak huh,,,, gambor sukida takdok ker hahahah pacu biler nak naik kakaka

    ReplyDelete