Tuesday, January 13, 2009

trip toman di tasek bera

pada tahun lepas bulan 6 aku dan 2 orang rakan telah melunaskan nafsu memancing kami di tasek Bera. Tasek Bera yang kaya dengan ikan-ikan air tawar yang sememangnya popular seantero nusantara.Malahan dunia.

Kami menyewa bot dari Encik aziz dengan kadar bayaran hanya RM20 sahaja (tanpa enjin) untuk satu hari.kerana panas terik aku dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk port kat rumah rakit (sebenarnya tempat larangan milik jabatan perikanan...)
*kalo tak caye tengok signboard tu.


sampai je kat situ member buat hal la plak nak buang hajat...so aku suruh dia naik atas darat balik...tapi dia taknak..dia nak buang dengan selamber kat dalam air...aku cakap jangan sebab perlakuan tersebut boleh menyebabkan beliau lemah tenaga batin...(tapi member aku selamber jek...sekarang dapat seorang anak perempuan...kalo tak buang dalam air dapat laki kot....)






kami memulakan aktiviti ter sebut dengan menggunakan teknik apungan...pakai pelampung...dekat dua jam x de ikan sambar pun....umpan yang kitorang guna anak ikan keli yang di beli dan di bawa khas dari kuala lumpur...

biler dah boring sangat menunggu...kitorang try casting plak...tapi hampeh...mungkin sebab ilmu casting kitorang terlampau cetek kot...

lantas aku mencadangkan kami gunakan teknik dasar...campak je keli tanpa pelampung...dan hasilnya...

*toman pertama yang di naikkan oleh member..shidi kelihatan girang kerana pancing dia strike dulu...cipek...









pastu aku lak strike...kecik jek...








*pastu shidi lagik...




















*pastu aku dapat balik dua kali...hahaha





hahaha...tapi toman kat sini lemah nyawa dia....kalo salah simpan terus berkubur..memang tak sempat nak bawak balik atau CNR...nasehat aku...kalo dapat terus release jek...xde hal...dia akan makan balik kot...tapi kalo nak bergambar dengan toman yang terkumpul...better simpan dalam jaring....

kemungkinan besar bulan 3 tahun 2009 ni aku akan kembali menjejaki toman bera...dengar kater tapah gadang pun ader...takat beruk2 main kat ranting tu dia sambar releks jek...sape tau umpan aper untuk sang tapah ni???

1 comment:

  1. apsal belang tarung toman tu nampak sama jer. adakah ikan yg sama digunakan berkali2 untuk tujuan fotografi?

    ReplyDelete