Sunday, July 7, 2013

Menguja pacu, menduga pak guard

Dah lame aku mengidam nak uja pacu kat Taman Tasik Larangan Titik Tengah Semenanjun ni. Aku pernah membottom kat sini waktu malam yang gelita dengan harapan pacu akan terpedaya. Dah berapa tahun pacu kat sini tak makan umpan kail. Sebut je ape jenis sume bo layan. Dari roti, dedak, cacing sampai ke perut ayam pun dia tak mau jamah. Sombong ea..

Aku memang arif dengan kewujudan pacu kat sini. Memang matlamat aku nak bawak naik sekor dua. Tambahan pula aku memang selalu bagi makan petang-petang.

Lagipun aku memang ada projek nak buat video flyfishing kat sini. Dah berbulan rancang tapi nak wat caner memasing sibuk. Jadi aku pun turun ke lapangan sasar untuk menguji jenis flies yang paling mantap supaya kelak buat video aku tak beputih mata.

Flies yang aku gunakan hari tu cumalah rabbit zonker warna putih. Ala-ala roti. Common flies untuk pacu.

Dan hasilnya..

Sungai Salan - masih berpenghuni

There was an error in this gadget