Tuesday, November 9, 2010

Jenis-jenis 'lelalat' (flies)

Tiba-tiba tangan rasa gatal nak menaip, tengah cari bahan-bahan untuk nak di tulis, ternampak pulak directori dalam MFR citer pasal 'fly-tying'..nak menulis dalam forum tu rasa segan pulak...mungkin orang dah tulis..so haku tulis la kat dalam blog aku ni sebagai entri baru..

Pengenalan jenis-jenis lelalat ni sangat banyak dalam internet, aku cuma mudahkan saja mengikut pemahaman aku..supaya bila aku lupa aku boleh bukak balik entri ni..hehehe

Untuk memudahkan, jenis 'lelalat' ni di bahagikan kepada 'DRY, WET, NYMPH dan STREAMER'..jenis2 lain tu aku tak berapa paham lagi...

Dry Flies: Dry flies senang cakap adalah 'lelalat' jenis yang timbul. Kebiasaannya mewakili serangga-serangga dewasa yang menetas atau keluar dari kepompong nenimfa, dalam keadaan kering dan boleh terbang/beterbangan untuk terus hidup dan kembali ke permukaan air untuk bertelur. 'Lelalat' jenis ini paling best digunakan (sebab kita dapat tengok ikan tu makan ia) dan ia juga merupakan pattern fly yang paling banyak sekali dicipta. Ada sesetengah pendapat membezakan 'emerger' dengan 'dries' tapi aku tak berapa mahir..so aku bubuh dorang ni satu kumpulan...hahaha sebab dua-dua jenis pattern ni jenis terapung..

contoh:

Wet Flies: Senang cakap jenis 'lelalat' yang tak timbul dan tenggelam.'Lelalat' ini biasanya akan berenang ke permukaan air sebelum berubah menjadi serangga dewasa. kebanyakan serangga akan menjadi diet ikan dalam fasa ini. so kalau pandai ikat 'lelalat' jenis ini pasti akan membantu kita.

contoh:
Nymph: Terdiri dari serangga fasa baru lepas menetas macam nimfa dan larva. hampir semua serangga akan menghabiskan masa yang lama dalam fasa ini. dan diet ikan paling utama pun dari jenis ini.'Lelalat' jenis ini yang terbaek boh...
contoh:Streamer: 'Lelalat' jenis ini biasanya menyerupai anak2 ikan dan natang-natang jadah yang berenang bawah permukaan air seperti minnow, crayfish. leaches dan lain-lain lagi..

contoh:

Terdapat banyak lagi 'lelalat' yang wujud. semua ni adalah secara asas pembahagian jenis2 'lelalat' mengikut serangga..untuk entri akan datang aku akan cuba untuk tunjukkan pattern kegemaranku dan yang dapat ikan...hohoho
There was an error in this gadget