Sunday, November 3, 2013

Siri Melayang Dengan Fatin - Taman Larangan

3hb November 2013
Taman Larangan Temerloh
Fly Marque 5/6wt
Rabbit zonker putih - dgn daichi saltwater hook saiz 2.
Jurufoto..mr Q

Sangap menunggu bola final pahang vs kelantan aku dan beberape org teman melepak kat taman larangan dengan hajat mengusha awek berjoging. Ada 2-3 orang awek menjeling bila ditegur gaya ala ala sarip dol. Sangkut gak sorang bawak borak..hmm boleh tahan..

Tapi hati aku x terpikat sebab terpandang keliban fatin sedang meliuk lentok..lemah gemalai tariannya buatkan aku gersang dan gecur menikmati tariannya..ah..aku tak kira..aku mesti goda..lantas aku pulang ke rumah untuk mengambil perkakasan..yeah!

Thursday, October 10, 2013

Siri Melayang Dengan..

Aku akan mulakan siri baru dengan nafas yang lebih segar..setelah dicetuskan idea oleh rakan2 pelayang lain dalam fb dan rroc..maka aku ngambil keputusan untuk menggunakan nama ini..

Ready sume ea..

Sunday, July 7, 2013

Menguja pacu, menduga pak guard

Dah lame aku mengidam nak uja pacu kat Taman Tasik Larangan Titik Tengah Semenanjun ni. Aku pernah membottom kat sini waktu malam yang gelita dengan harapan pacu akan terpedaya. Dah berapa tahun pacu kat sini tak makan umpan kail. Sebut je ape jenis sume bo layan. Dari roti, dedak, cacing sampai ke perut ayam pun dia tak mau jamah. Sombong ea..

Aku memang arif dengan kewujudan pacu kat sini. Memang matlamat aku nak bawak naik sekor dua. Tambahan pula aku memang selalu bagi makan petang-petang.

Lagipun aku memang ada projek nak buat video flyfishing kat sini. Dah berbulan rancang tapi nak wat caner memasing sibuk. Jadi aku pun turun ke lapangan sasar untuk menguji jenis flies yang paling mantap supaya kelak buat video aku tak beputih mata.

Flies yang aku gunakan hari tu cumalah rabbit zonker warna putih. Ala-ala roti. Common flies untuk pacu.

Dan hasilnya..

Sungai Salan - masih berpenghuni

There was an error in this gadget