Tuesday, January 13, 2009

TRIP SUNGAI BERA

Tahun 2008 merupakan tahun yang paling banyak trip aku memancing...ini semua kerana aku mempunyai ramai kawan2 yang juga kaki pancing...walaupun kebanyakkan trip kami pulang dengan kumpau...namun ia tetap menjadi memori indah untuk memotivasikan kami agar jangan putus asa...so semua trip yang lepas akan melahirkan satu motivasi diri untuk menjayakan trip yang akan datang...

kali ni aku nak cite tentang trip aku ke sungai bera...aku dan wusto (merupakan rakan sepancingan aku dan BOS aku) telah merancang trip ini sewaktu kami bercuti ke rumahnya di felda sebertak...aku mulanya mencadangkan supaya wat revenge kat tasek Bera, namun wusto berkeras untuk memancing di sungai bera ini...menurutnya, dia telah lama mengidam untuk makan ikan2 sungai...(sebab ikan toman x sedap...banyak tulang simpang siur)

umpan yang kami gunakan hanyalah cengkerik yang di beli di simpang kerayong (kat kedai din) cuma dua ringgit kami beli...sebab kat sini agak murah cengkeriknya berbanding di KL.setiba di lokasi kami terus bersiap dan kami menggunakan batu ladung bersaiz 6 sebab arus yang agak deras pada hari itu...

hanya beberapa minit menunggu, pancingku mula digetu ikan...tapi aku buat tak endah je sebab aku ingat akibat arus jek...wusto cepat2 memberitahuku yang sebenarnya itu getuan ikan....atas nasihat wusto aku menyembat pancingku...dan hasilnya seekor ikan potok saiz belum baligh menjadi tarunganku...

*kecil jek...tapi harus bersyukur....

aku terus menangkap dan memasukkannya ke dalam jaring yang dibawa...wusto tergelak besar melihat ikan yang saiz ciput tu...tapi nak wat caner kan...memang tempat tu xde ikan besar2...ini sume wusto punyer pasal...

kami meneruskan aktiviti tersebut selama beberapa jam lagi...yang best nyer...banyak kali sangkut kat dalam air...banyak sangat tunggul kayu...sampai nak abis batu ladung yang kami bawak...namun berkat kesabaran selalu memancing...ku tempuhi juga dengan tabah...

diantara hasil2 yang kami bawak pulang pada petang tu....belida, laih,potok,lampan,dan anak kerai...(padahal sume saiz anak2 yang tak baligh lagi....)










*hasil bersama...dengan gumbira...mancing...kecik pun kecikla...janji dapat ikan...itulah kepuasan sebenar dalam arena ini..
.

KEBONGOKKAN HARUAN


Aku cuma nak tunjukkan pada anda semua tentang kebongokkan seekor ikan dari spesis HARUAN (akan dikenali sebagai budak ruan selepas ini)ini...korang bayangkanla..budak ruan ni main tibai ape saje yang kaco daun....tak kira la umpan idup ke, gewang ke, soft plastik ke dan entah pejadah lagi...

aku menjerat budak ruan ni hanya menggunakan umpan tiruan yang berharga dua hinggit setengah saje...iaitu seekor katok plastik hijau yang keras...menurut pandangan otai2...budak ruan agak sukar untuk diperdaya dengan umpan sebegini...namun aku telah berjaya buktikan ianya masih efektif..budak ruan ini telah aku dapat perdaya dengan umpan tipu yang amat tidak digemari oleh orang ramai terutama pemancing2 pro...

sebenarnya aku bukanlah pakar dalam pancing haruan ini...namun setelah banyak mendapat nasihat dari abang ipar aku yang juga pakar godek ruan ni...aku berjaya menjinakkan beberapa ekor budak ruan...

menurut abang iparku...ucup...budak ruan ni memang spesis yang garang...terutama kalo ada anak yang masih merah...(mama dier)...menurutnya lagi...budak ruan ni akan menyambar apa saja yang mungkin menjadi ancaman kepada anak2nyer...selagi benda tu dia bley ngap!! so penggunaan umpan tiruan ke hidup ke hape ke tak menjadi masalah kalo kene pada waktu dan tempatnya...yang penting kita kene faham macam mana budak ruan ni membaham mangsa...supaya kita dapat melakukan sentapan yang tepat pada masanya...

menurut dia lagi...saat yang kritikal ketika menggodek budak ruan ni adalah waktu nak naikkannya...karauan yang pantas amat diperlukan kerana budak ruan ini akan membuka mulut sepanjang masa apabila mata kail telah tertacap pada mulutnya...aku sendiri dah berapakali terlucut...(melainkan pakai mata tiga)...

untuk pengetahuan anda semua ini merupakan budak ruan yang paling besar pernah aku naikkan....bandingkanlah dengan kotak rokok tu...(standad la orang ukur pakai kotak rokok)
*sori xde gambar aku yang sempurna...sebab aku pegi sorang jek..so xde orang yang nak tangkap gambar...nanti aku sertakan gambar yang aku pergi berdua plak...

trip toman di tasek bera

pada tahun lepas bulan 6 aku dan 2 orang rakan telah melunaskan nafsu memancing kami di tasek Bera. Tasek Bera yang kaya dengan ikan-ikan air tawar yang sememangnya popular seantero nusantara.Malahan dunia.

Kami menyewa bot dari Encik aziz dengan kadar bayaran hanya RM20 sahaja (tanpa enjin) untuk satu hari.kerana panas terik aku dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk port kat rumah rakit (sebenarnya tempat larangan milik jabatan perikanan...)
*kalo tak caye tengok signboard tu.


sampai je kat situ member buat hal la plak nak buang hajat...so aku suruh dia naik atas darat balik...tapi dia taknak..dia nak buang dengan selamber kat dalam air...aku cakap jangan sebab perlakuan tersebut boleh menyebabkan beliau lemah tenaga batin...(tapi member aku selamber jek...sekarang dapat seorang anak perempuan...kalo tak buang dalam air dapat laki kot....)






kami memulakan aktiviti ter sebut dengan menggunakan teknik apungan...pakai pelampung...dekat dua jam x de ikan sambar pun....umpan yang kitorang guna anak ikan keli yang di beli dan di bawa khas dari kuala lumpur...

biler dah boring sangat menunggu...kitorang try casting plak...tapi hampeh...mungkin sebab ilmu casting kitorang terlampau cetek kot...

lantas aku mencadangkan kami gunakan teknik dasar...campak je keli tanpa pelampung...dan hasilnya...

*toman pertama yang di naikkan oleh member..shidi kelihatan girang kerana pancing dia strike dulu...cipek...









pastu aku lak strike...kecik jek...








*pastu shidi lagik...




















*pastu aku dapat balik dua kali...hahaha





hahaha...tapi toman kat sini lemah nyawa dia....kalo salah simpan terus berkubur..memang tak sempat nak bawak balik atau CNR...nasehat aku...kalo dapat terus release jek...xde hal...dia akan makan balik kot...tapi kalo nak bergambar dengan toman yang terkumpul...better simpan dalam jaring....

kemungkinan besar bulan 3 tahun 2009 ni aku akan kembali menjejaki toman bera...dengar kater tapah gadang pun ader...takat beruk2 main kat ranting tu dia sambar releks jek...sape tau umpan aper untuk sang tapah ni???

ah...kerjayaku memang kejam...

ah…

sampai hari ni aku masih lagi tak dapat nek menentukan kerjaya hidup aku.sangap giler…macam2 dah buat tapi hati ni memang tak tetap…tapi minat aku tetap dengan kerjaya yang memegang duit yang banyak..

dari dulu aku minat dengan kejaya yang berkaitan dengan duit….dari mase skim yang scam duit budak2 ni…(zaman matrok jadi kaya sebab skim internet yang di pelopori oleh eddy profitswinger)…jual ubat (ubat mta, ubat kuat utk lelaki,jamu serapat,ubat batuk utk budak2 lalok….)jual kete (baru n 2nd,kete2 import)…tarik ket…kutip hutang…ugut budak2 arab suh bayar hutang kat alamin,lokman dll…sampailah aku jadi cikgu memandu ni…

sume keje2 tu mmg best di buat…tp cam xde mase depan jek…duit x lekat langsung….org len boley menyimpan…aku haram…duit plak jenis panas jek….aih…

tapi biler aku baca satu buku motivasi…aku mula sedar….kenapa tak jadikan ape yang aku suka buat itu sebagai hobi???? bak kate SOCRATES….HOBI ADALAH KERJAYA YANG PALING EFISYEN!!!so aku amek keputusan utk jadikan hobi aku ni sebagai kerjaya….hahaha….hobi aku?? memancing…

pasni kalo korang nak carik aku…pergi la sertai pertandingan memancing yang besar2…mungkin aku akan berada di situ….atau korang boley cari aku di kolam2 ikan yang menawarkan jakpot…hahaha…

so skg part time adalah guru memandu…dan memancing adalah fulltime…bwahahaha….

p/s:mak aku mesti marah kalo dia tau ni….

Kau pun tahu…

i salam/// sume… ini adalah pertamakali aku memebuka tirai dalam penulisan ini.sesungguhnya aku bukan seorang lelaki yang bijak mempermainkan jemari utk menulis kata2 indah tatapan mereka2 yang dahagakan sesuatu yang baru.atau utk mengisi kekosongan jiwa dengan bahan2 ilmiah. tapi aku cuba untuk menulis seperti fikiranku yang dalam dalam sepontan tiada rancang…

ala…kau pun tahu hidup kita ini indah.sepeti selalu wizz war2kan.memang indah.tapi banyak dugaan,tak kira dari sudut mana pun kau lihat.

jadi teruskan keindahan hidup ini…

salam///