Tuesday, January 13, 2009

KEBONGOKKAN HARUAN


Aku cuma nak tunjukkan pada anda semua tentang kebongokkan seekor ikan dari spesis HARUAN (akan dikenali sebagai budak ruan selepas ini)ini...korang bayangkanla..budak ruan ni main tibai ape saje yang kaco daun....tak kira la umpan idup ke, gewang ke, soft plastik ke dan entah pejadah lagi...

aku menjerat budak ruan ni hanya menggunakan umpan tiruan yang berharga dua hinggit setengah saje...iaitu seekor katok plastik hijau yang keras...menurut pandangan otai2...budak ruan agak sukar untuk diperdaya dengan umpan sebegini...namun aku telah berjaya buktikan ianya masih efektif..budak ruan ini telah aku dapat perdaya dengan umpan tipu yang amat tidak digemari oleh orang ramai terutama pemancing2 pro...

sebenarnya aku bukanlah pakar dalam pancing haruan ini...namun setelah banyak mendapat nasihat dari abang ipar aku yang juga pakar godek ruan ni...aku berjaya menjinakkan beberapa ekor budak ruan...

menurut abang iparku...ucup...budak ruan ni memang spesis yang garang...terutama kalo ada anak yang masih merah...(mama dier)...menurutnya lagi...budak ruan ni akan menyambar apa saja yang mungkin menjadi ancaman kepada anak2nyer...selagi benda tu dia bley ngap!! so penggunaan umpan tiruan ke hidup ke hape ke tak menjadi masalah kalo kene pada waktu dan tempatnya...yang penting kita kene faham macam mana budak ruan ni membaham mangsa...supaya kita dapat melakukan sentapan yang tepat pada masanya...

menurut dia lagi...saat yang kritikal ketika menggodek budak ruan ni adalah waktu nak naikkannya...karauan yang pantas amat diperlukan kerana budak ruan ini akan membuka mulut sepanjang masa apabila mata kail telah tertacap pada mulutnya...aku sendiri dah berapakali terlucut...(melainkan pakai mata tiga)...

untuk pengetahuan anda semua ini merupakan budak ruan yang paling besar pernah aku naikkan....bandingkanlah dengan kotak rokok tu...(standad la orang ukur pakai kotak rokok)
*sori xde gambar aku yang sempurna...sebab aku pegi sorang jek..so xde orang yang nak tangkap gambar...nanti aku sertakan gambar yang aku pergi berdua plak...

2 comments:

  1. weh kat mana nih. aku dpt kat uia dulu lg beso dr ni

    ReplyDelete
  2. hoi pesiko!
    tak ku sangka hang kini seorang bloggers..
    yang paling gampangnye...cite pasal mancing je semua tu!

    aku nasihatkan hang bukak cita pasai band Aman's Band yang sama2 kita hidupkan dulu.

    hang jgn dok loklak sangat..hang mai Komtaq pala hang aku putaq bak hang

    ReplyDelete