Tuesday, November 9, 2010

Jenis-jenis 'lelalat' (flies)

Tiba-tiba tangan rasa gatal nak menaip, tengah cari bahan-bahan untuk nak di tulis, ternampak pulak directori dalam MFR citer pasal 'fly-tying'..nak menulis dalam forum tu rasa segan pulak...mungkin orang dah tulis..so haku tulis la kat dalam blog aku ni sebagai entri baru..

Pengenalan jenis-jenis lelalat ni sangat banyak dalam internet, aku cuma mudahkan saja mengikut pemahaman aku..supaya bila aku lupa aku boleh bukak balik entri ni..hehehe

Untuk memudahkan, jenis 'lelalat' ni di bahagikan kepada 'DRY, WET, NYMPH dan STREAMER'..jenis2 lain tu aku tak berapa paham lagi...

Dry Flies: Dry flies senang cakap adalah 'lelalat' jenis yang timbul. Kebiasaannya mewakili serangga-serangga dewasa yang menetas atau keluar dari kepompong nenimfa, dalam keadaan kering dan boleh terbang/beterbangan untuk terus hidup dan kembali ke permukaan air untuk bertelur. 'Lelalat' jenis ini paling best digunakan (sebab kita dapat tengok ikan tu makan ia) dan ia juga merupakan pattern fly yang paling banyak sekali dicipta. Ada sesetengah pendapat membezakan 'emerger' dengan 'dries' tapi aku tak berapa mahir..so aku bubuh dorang ni satu kumpulan...hahaha sebab dua-dua jenis pattern ni jenis terapung..

contoh:

Wet Flies: Senang cakap jenis 'lelalat' yang tak timbul dan tenggelam.'Lelalat' ini biasanya akan berenang ke permukaan air sebelum berubah menjadi serangga dewasa. kebanyakan serangga akan menjadi diet ikan dalam fasa ini. so kalau pandai ikat 'lelalat' jenis ini pasti akan membantu kita.

contoh:
Nymph: Terdiri dari serangga fasa baru lepas menetas macam nimfa dan larva. hampir semua serangga akan menghabiskan masa yang lama dalam fasa ini. dan diet ikan paling utama pun dari jenis ini.'Lelalat' jenis ini yang terbaek boh...
contoh:Streamer: 'Lelalat' jenis ini biasanya menyerupai anak2 ikan dan natang-natang jadah yang berenang bawah permukaan air seperti minnow, crayfish. leaches dan lain-lain lagi..

contoh:

Terdapat banyak lagi 'lelalat' yang wujud. semua ni adalah secara asas pembahagian jenis2 'lelalat' mengikut serangga..untuk entri akan datang aku akan cuba untuk tunjukkan pattern kegemaranku dan yang dapat ikan...hohoho

Wednesday, October 20, 2010

Lesen SIKANG - Lentang

Lokasi: Lentang
Tarikh: 23 Ogos 2010
Rod: Fly Marque frenzy 590-4
Reel:Berkley clicker 5wt floting line
Pattern:Dry fly -#14 CDC Caddis (klik sini untuk contoh2)
Strip:dead drift then strip pendek2..
flies pertama ikat sendiri yang kena ikan
ada panggil ikan mengkarung..ada yang kata tamban sungai...apa lagi nama dia ek..
tak de la besar mana..tapi tengok dia makan dry memang stim...siap ada akrobatik lagi..

Lesen JELAWAT - EAK

Lokasi: EAK
Tarikh: Ogos 2010
Rod: Fly Marque frenzy 590-4
Reel:Berkley clicker 5wt floting line
Pattern:Cengkerik ~ by Ky Soon MFR
Strip: dead drift - lepas rasuah cengkerik dalam roti..
(p/s: sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas...)

hepi..yang penting kita hepi..
tak pandai nak bergambar..
teruja sampai tak pandai posing...

Lesen EAK - PACU

Lokasi: EAK
Tarikh: Ogos 2010
Rod: Fly Marque frenzy 590-4
Reel:Berkley clicker 5wt floting line
Pattern:Blackstone nymph ~by Rahiman Omar aka MAN72
Strip: figure 8 slowly



atas bot yang di kayuh oleh Rahiman Omar ~ seorang guru yang sporting


pacu cuba membuat balik kuang - namun gagal dirakam..


kegembiraan jelas bila mendapat LESEN PACU EAK


Pasni nak try LOWER DAM pulak..katanyer ada MONSTERRR!!!

Lesen Tilapia ~ hitam...

Lokasi: SUKIDA resort
Tarikh:Julai 2010
Gear:Fly MARQUE frenzy 590-4 5/6wt floating line
FLIES PATTERN: whit Zonker - imitate roti
STRIP: dead drift


lain yang aku cari lain yang dapat..tak kisah la...lesen gak..
mana nak layan ikan sebesar ni dengat 5wt..

habis dia telan..

Monday, March 22, 2010

Lesen FLY ku - Ikan yang pertama.

Hasil pancingan layangku yang pertama...

lokasi: Sukida Resort, Semenyih
tarikh: tertera dalam gambar
ikan: pacu (3 ekor jek)
Flies: ELK HAIR CADDIS 9yang abang Pocot kasi...
























Friday, February 5, 2010

Pancing Udang Premis

Salamualaddu...(bagi salam pun tak ikhlas dah)

Malam tadi member ajak mancing udang kat Pandan Mewah...mancing dalam kedai...nama kedai dia HOHAHA...dah dua kali aku pegi sini...tapi cam tak best jek...bukan sebab kumpau...tapi lebih kepada feel yg hampeh...udang sini sangat lemah...bila kita strike jek di tak melawan langsung...bukan cam kat Pandan Indah atau Alam Megah...pergh...udang sume kuat2...best giler...joran kompem melentik...silap sembat mau patah joran (aku dah kene...joran pertama aku cap X-Puyu..) Patutnya aku tak perlu nak update pasal mancing udang ni...sebab malam tadi sumpah tak best...tapi disebabkan ada gak gambar2 sebagai bukti aku hantam saja la...
Program tersebut dicadangkan oleh wusto sebagai mastermind..dari kelmarin dia dok ajak...aku tanya kat mana...dia cakap kat pandan mewah...aku mengeluh sikit sebab mmg aku tau kat situ luck kurang...aku dah pergi dua kali...1st time strike kurang tapi hasil banyak sebab tangkap dengan tangan..2nd time kumpau teruk sebab tukang tangkap tu takde...

sebab tak best kali ni...(tak dapat seko pon...hahahaha) aku tak dapat tunjukkan cara2 dan teknik2 yang seswai...tambahan pulak aku tak bawak pancing sendiri...harapkan kat sini punya kompem hancusss!



tengok muka aku yang tensi...

wusto yang sangat ceria kerana dapat lesen keluar malam untuk lepak ngan kawan2...

jelas terbayang ke'hepi'an wusto bila kunci diberikan...

shidi kelihatan sangap memikirkan masa depan pemancing udang beginner sepertinya...

acong dah bosan tahap kambing nak beranak...

kelihatan mansaiko cuba menunjukkan isyarat lutah tanda tak puas ati...(tipu jek)

shidi hanya target dapat dua ekor sahaja...namun kumpau...

namun aktiviti ini merapatkan silaturrahim...

wajah sebenar di sebalik silaturrahim konon...cait...masing-masing mula mencarut...astaga...

Muka makin ketat...kesimpulan...program paling KUMPAU...tak payah pegi dah~~